I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 28 June 2011

SiPunca Belawak-lawak

Lawak Bola

kisah ini saya petik dari sebuah majalah lawak yang lama...

"tersebutlah kisah seorang pemainbola jepun yang tersangatlah handal bermain bola sepak... namanya irie... akan tetapi kehandalannya bermain bola tidak setanding dengan kehebatannya yang xseberapaberbahasa inggeris... boleh dikatakan irie ini hanya pandai menyebut no satu hingga tujuh dalam bahasa inggeris selebihnya tidak sempat belajar kerana dia melarikan diri dari sekolah... "

"dlm satu perlawanan bola sepak antarabangsa di mana jepun VS england... irie juga terpilih utk mewakili negaranya...

nak di jadikn kisahnya..sedang irie menunjukkan kehebatannya menggelecek bola..tiba2 beliau terlanggar dengan joshua beckham pemain jersi no 7..

maka apabila kedua2nya jatuh ke bumi..irie pun menunjukkan ke"gentleman"nya dengan membantu joshua bangun... lalu dia meminta maaf dpd joshua dengan nada berlagak ber"speaking"ini perbualan mereka...

irie : i'm sorry...
joshua : i'm sorry too
irie : i'm sorry three
joshua : what four?
irie : i'm sorry five...
joshua : r u sick?
irie : i'm sorry seven!

kerana takut akn perbualn yang bakal tidak difahaminya lalu dia terus melarikan diri... maka tinggallah si joshua yang terbingung2 dengan situasi tadi.



Dikacau Hantu

Amaran : Jangan cuba untuk menambahkan tahap saspen dengan mendengar lagu Stress sambil membaca. Dan sila baca dalam keadaan bilik yang terang-benderang (sebab membaca dalam keadaan gelap akan merosakkan mata).

Ramai diantara kawan-kawan aku yang memang dah sedia ada pengalaman dikacau hantu. Lebih-lebih lagi mereka yang pernah belajar di sekolah asrama.

Tetapi aku mula bertemu dengan makhluk halus pada usia yang muda... Pengalaman pertama aku dikacau hantu berlaku ketika aku berumur 8 tahun. Tahun 1991. Tahun itu, tahun pertama aku dan Anak Mat Nor Nombor 2 tidur berasingan dari bilik Mat Nor dan Bini Mat Nor.

Ia berlaku pada satu malam. Aku tak berapa ingat, apa terjadi pada awal malam itu, tapi aku rasa yang aku masuk tidur tanpa mencuci kaki.

Aku memang selalu terlupa untuk cuci kaki. Gosok gigi pun aku selalu buat-buat lupa.

Malam itu, setelah mengucapkan (menjerit sekuat hati) 'Selamat malam' kepada seisi rumah, aku masuk ke bilik tidur.

Aku kunci jam loceng, sebab perlu ke sekolah keesokkan pagi.

Lepas tu aku selimutkan semua bantal-bantal.

Ah, baru boleh tidur dengan aman..

Tidur dengan aman. Tidur dengan aman. Tidur dengan aman.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi benda terjatuh dalam jam 5.30 pagi.

'Pak!' bunyi benda jatuh tu.

Aku tak berani buka mata luas-luas, jadi aku buka mata kecil-kecil.

Aku nampak makhluk berwarna putih seolah-olah sedang bertenggek berhampiran dengan meja tulis aku. Aku takut. Rasa mahu menjerit, tetapi macam ada gumpalan stokin dalam tekak.

Bila aku nak jerit, suara berdegil tak mahu keluar. Damn you suara!

Meja tulis aku terletak di sebelah tingkap, menghadap ke katil. Jadi, makhluk serba putih itu berada betul-betul di hadapan aku, dan ia kelihatan seolah-olah sedang tertunduk sedikit.

Sampai bila-bila aku tak akan lupakan visual itu.

Sampai bila-bila.

Aku pejam mata kuat-kuat dan menyanyikan lagu 'My Favourite Things' dalam hati.

'Girls in white dresses with blue satin sashes...' belum sempat habis menyanyikan lagu itu aku sudah terlelap semula..

Zzzzzz...

Aku terjaga semula pada jam 6.30 pagi. Jam loceng kejutkan aku. Aku lihat meja, makhluk putih sudah tiada... Aku lari capai tuala dan terus ke bilik mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah.

Di dalam kereta, sewaktu dalam perjalanan ke sekolah, aku memberitahu Bini Mat Nor tentang kejadian mistik yang aku alami. Raut wajah Bini Mat Nor berubah dari ceria ke risau bila mendengar cerita tentang makhluk serba putih yang duduk di sebelah tingkap bilik aku. Aku lihat reaksi Bini Mat Nor seolah-olah dia merahsiakan sesuatu dari aku. Seolah-olah dia tahu mengenai makhluk serba putih itu. Seolah-olah dia juga pernah ternampak makhluk putih itu. Seolah-olah dia tahu yang bilik tidur aku sebenarnya 'berpenghuni'.

Bini Mat Nor kata, 'Imaginasi kamu je tu Jebon.. Jangan fikirkan sangat okay.' sambil kucup dahi aku dan aku turun dari kereta dan melangkah longlai masuk ke pagar sekolah. (Bila perlu ke sekolah, memang langkah aku longlai. Aku tak suka pergi sekolah)

Sepanjang hari aku asyik terfikir tentang makhluk serba putih itu dan mengapa Bini Mat Nor tak mahu berterus-terang sahaja pada aku tentang bilik tidur aku yang sememangnya haunted.

Sejak dari hari itu, aku tak tidur di bilik sendiri lagi. Aku heret Anak Mat Nor Nombor 2 untuk bersama-sama tidur di bilik Mat Nor dan Bini Mat Nor.

Aku trauma.

Selama seminggu aku tak dapat tidur dengan tenang. Kadang-kadang aku buat-buat mengigau. Aku akan buat-buat meracau 'Tidak! Tidak! Jangan! Jangan!' Saja nak buat Mat Nor dan Bini Mat Nor gelabah.

Masuk minggu kedua, barulah Bini Mat Nor berterus-terang.

Walaupun aku tak suka dengar kebenaran yang terpacul dari mulut Bini Mat Nor ketika itu, aku menerimanya dengan hati yang tabah.

Makhluk serba putih yang duduk di meja tulis aku adalah Bini Mat Nor yang bertelekung (baru selesai sembahyang subuh) dan sedang periksa buku latihan aku kut-kut ada homework yang aku tak buat.

Tak boleh ke periksa buku latihan waktu petang?




Surat Cintan Rockers Sejati


Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati



Askar Yang Berani

Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tenteranya dan untuk membuktikannya setiap jeneral memerintahkan salah seorang askarnya untuk mengikuti arahannya :

1. Jepun

Jeneral : Askar maju ke sini
Askar : Baik Jeneral
Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakkan ke tubuh kamu
Askar : Baik Jeneral

Peluru ditembakkan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si askar tidak dapat menangkapnya dan terus mati.

Si jeneral dengan bangga mengatakan “lihat askar saya sangat berani dan sanggup mati”


2. Jerman

Jeneral : Askar maju ke sini
Askar : Baik jeneral
Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Askar : Baik Jeneral

Peluru meluncur pantas dan askar yang menangkap hancur berantakan.
Si Jeneral sangat bangga dan berkata ”Askar saya lebih berani, sanggup menggadai nyawa menangkap bom RPG”


3. Indonesia

Jeneral : Askar maju ke sini
Askar : Baik Jeneral
Jeneral : Seberangi kawasam periuk api dengan berlari cepat
Askar : Tidak mahu jeneral !
Jendral : Seberangi cepat !!
Askar : Tidak mahu jeneral !

Sampai tiga kali si jeneral memerintahkan askarnya, namun tetap di tolak.

Si Jeneral berkata “Lihat askar saya yang paling berani…. perintah jeneral langsung dia tolak…”



No comments:

Post a Comment