I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 15 January 2010

Uwang Asli neh~


Suatu hari, ada seorang lelaki mengembara ke suatu tempat yang jauh, tiba-tiba, dalam suatu tempat yang tersembunyi ada sebuah kampung yang agak besar. Kampung itu di diami oleh orang-orang asli. Selepas seminggu beliau berada di sana, beliau pun ingin meninggalkan tempat itu.

Atas tanda terima kasih beliau terhadap orang-orang asli di sana, beliau menghadiahkan sebuah jam dinding kepada ketua kampung mereka. Disebabkan mereka orang-orang asli, itulah kali pertama mereka melihat jam dinding.

Selepas berbulan-bulan lamanya, jam dinding di rumah ketua kampung orang asli itu kehabisan tenaga bateri, mereka semua hairan. Lalu ketua kampung itupun cuba membaiki jam tersebut.

Tiba-tiba beliau ternampak seekor cicak mati dalam jam itu, lalu dia berkata ‘padantah inda begarak jarumnya, drivernya mati.’

Blue Rider