I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 29 September 2009

Ku Basuh Luka Degan Airmata

Sekian Lama Kita Menjalinkan Cinta
Akhirnya Tak Ke Mana
Hanyalah DiriKu Saja Yang Setia
Dalam Perhubungan Kita

Andainya Engkau Buat Bermacam Alasan
Setelah Kau Membenci
Dulu Kau Pandang Ku Semuanya Indah
Kini Semuanya Tak Kena

Mengapa Tidak Kau Berterus Terang
Bahwa Engkau Ada Yang Lain
AKu Doa Akan Agar Kau Tak Menyesal
Biarkan DiriKu
Menanggung Duka Lara Sendiri
Susah Payah Tak Sorang Pun Tahu
Terasa Hinanya Bila Kau Menyingkir DiriKu

ku Ucap Selamat Tinggal Cinta
Dan Selamat Tinggal Kekasih
Biar Pun Sukarnya Untuk Melupakanmu
Dan Tak Perlu Lagi Kau Bertanya
Tentang Diri Ini
Biarlah Ku Sendiri Hidup Dalam Sepi

ku Basuh Luka DihatiKu
Dengan Airmata
Betapa Pedih Tak Terkata
Lalu Ku TerKulai Didalam Sangkar Rindu


-Black

Thursday 17 September 2009

Melawan Kesepian

Apapun Yang Terjadi
Berjalanlah Tanpa Henti
Air Mata Tertahan
Waktu Untuk Dijatuhkan
Nanti Kita Kan Tahu
Betapa Bijaknya Hidup
Sepahit Apapun Ini
Pelajaran Yang Berarti
Semoga Kepergianmu
Tak Akan Merubah Apapun

Semoga
Mampu Kulawan Kesepianku
Nanti Kita Kan Tahu
Betapa Bijaknya Hidup
Sepahit Apapun Ini
Pelajaran Yang Berarti
Semoga Kepergianmu
Tak Akan Merubah Apapun
Semoga
Mampu Kulawan Kesepianku

Hooo
Semoga Kepergianmu
Tak Akan Merubah Apapun
Semoga Mampu Kulawan Kesepianku
Semoga Kepergianmu
Tak Akan
Semoga Mampu Kulawan Kesepianku
Apapun Yang Terjadi
Berjalanlah Tanpa Henti

by,



Share your memories online with anyone you want anyone you want.

Saturday 12 September 2009

kisah janda yang dahaga..
 

 


** Top Secret **

 

Nama yang terdapat di dalam cerita ini adalah samaran semata-mata

dan tiada kaitan dengan siapa-siapa yang masih hidup maupun yang

telah tiada Maria, Janda Yang Dahaga...

 

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda

yang baru sahaja kematian suami. Maria seorang janda kaya yang baru

sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih

muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian

suaminya, beliau sentiasa diusik oleh pemuda-pemuda kampung yang

sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Maria tidak

pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut,

 

kerana

hatinya masih lagi merindui arwah suaminya. walaupun hatinya berasa

sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa! Sepi

hatinya tiada siapa yang tahu...Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi..

beliau terbangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya

terasa haus....beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan

keluar dari bilik menuju ke dapur, sampai saja didapur, beliau terus

membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk, beliau tuang kedalam

cawan dan meminumya. Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali ke

dalam bilik dan tidur semula....

 

 

Sekian... Terima Kasih. Itulah kisah seorang janda yang dahaga.....

 

 

HAHAHAAHA!!! concentrate jua membaca a2... ahahaha =P



With Windows Live, you can organize, edit, and share your photos.

 Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW


SEMOGA BERMANFAAT





Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya
selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong,
dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah S.A.W mendatanginya dengan membawakan
makanan,
dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah S.A.W menyuapkan makanan yang
dibawanya
kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya
itu adalah Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah S.A.W, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap
pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah S.A.W yakni
Abubakar R.A berkunjung ke rumah anaknya Aisyah R.A yang tidak lain tidak
bukan merupakan
isteri Rasulullah S.A.W dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku,
adakah kebiasaan
kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah R.A menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar R.A.
Setiap pagi Rasulullah S.A.W selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan
makanan untuk
seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah R.A.

Keesokan harinya Abubakar R.A pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada
pengemis itu. Abubakar R.A mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya.
Ketika Abubakar R.A mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si
pengemis
buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,
tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah
seorang
dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah S.A.W.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
R.A, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya,
ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar R.A
saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah
S.A.W?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsa nu l akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah
baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup
melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai
Rasulullahmu...

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.


Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1.. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah..

2.. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda
dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat
hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid....

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan e mai l ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah
satu dari hal diatas,
Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Aminnnnnn...




Share your memories online with anyone you want anyone you want.

FW: Rahsia Bola Hitam Putih


 

From: ez-eight@hotmail.com
To: mamoru_sanzai@hotmail.com; ckambangz@hotmail.com; nas_272@hotmail.com; haddiey_786@hotmail.com


bola hitam
 
Rahsia Bola Hitam Putih
 
Ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas
melahirkan dia. Sejak itu bapanya jadi amat workaholic dan tak
kawin2 lagi. Tapi si anak (panggilan manja didi) ini sangat baik hati
dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh aje.

Lepas Tadika, sementara rakan2 lain dah ada basikal, didi masih berjalan
kaki.

 
Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, nggak kasian sama didi? Dia
nggak punya sepeda…apa tuan juga nggak malu?"

 
Kemudian…… dipanggillah anaknya itu untuk ditawarkan basikal yang
macam mana anaknya mahu.

 
"Tak payah susah2 la papa, belikan didi bola kaler hitam putih …"
Hek eleh takkan tu jer kot? Bingung si papa. "Kenapa didi mintak bola
hitam putih jer, ni papa nak ofer basikal baru nih?"

 
"Tak pe lah papa kalau papa nak beli jugak, belikan itu bola tu je."
Mengingat si anak tak pernah meminta2, so papanya terima aje. Maka
dibelikanlah jugak anaknya itu basikal model terbaru dan yang paling
canggih, beserta dengan bola hitam putih.

 
Tak lama kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Pada ketika itu musim kasut
roda tengah hot. Sekian lama si pengasuh perhatikan, ini anak tak pernah
meminta2 dibelikan kasut roda dari papanya. Setiap petang cuma duduk2
aje. Basikalnya juga masih disimpan di stor.

 
Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya kepada si papa.
Hingga si anak dipanggil lagi. "Didi, kamu tak mau papa belikan kasut
roda macam rakan2 kamu tu ke? Apasal tak bagitau kat Papa?. Cakap je nak beli
kasut roda yang macam mana… nanti papa belikan…".

 
Si anak menjawab, "Tak perlulah papa, bola hitam putih didi dah
rosak…. belikan lagi je bola ganti….tak payahla beli kasut roda.
Lagipun lebih murah bola dari kasut roda, tak gitu papa?"

 
Si papa geram . So, tetap si papa belikan kasut roda, plus bola hitam
putih.

 
Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama terulang.

Pada ketika itu musim rollerblade tengah top. Trend baru….
Setiap petang ,didi masih lagi bermain dengan kasut rodanya. Lepas
papanya pulang dari luar negara dan melihatkan anaknya yang pakai kasut roda
buruk, si papa menjadi sangat malu. Gila, rumah baglo, syarikat banyak,
keluar negara tiap minggu……Tapi anaknya ketinggalan zaman. Besoknya, di
bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru dengan note: "Utk didi, so
nanti didi tak rasa malu lagi main kasut roda".

 
Malamnya di meja kerja papanya ada sekeping nota dari didi untuk papanya
: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam putih? Didi lebih suka itu."

 
"Arghh, keluh si bapa selepas membaca nota itu kebingungan. Apalah
istimewanya bola hitam putih tu..?

 
Berkali2 si bapa ditinggalkan note yang sama, meminta dibelikan bolah
hitam putih… sehingga dia tak tahan lagi dan terus membelikan anaknya
bola hitam putih untuk kesekian kalinya.

 
Benar, setelah dapat itu bola, si anak tak lagi mendesak papanya.
Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas, rakan2nya yang lain sudah ada yang bawa motor and kereta ke
sekolah.

 
Suatu hari, ketika bapanya di rumah, si anak pulang dihantar oleh
rakannya yang dengan menaiki motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa
menjadi sangat malu.

 
Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan Motor. Maka
ditawarkan pada anaknya. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan
motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam putih
aja. Si bapa tak terima penolakan itu. Kerana anaknya dah besar panjang, boleh
berunding.

Hingga dia mengambil keputusan untuk belikan motor beserta dengan bola
hitam putih tentunya.

 
Tetapi si bapak masih kesal. Sudah berapa tahun, dia beberapa kali
belikan dua macam bola itu tanpa mengetahui apa sebabnya. Tapi si anak tak ada
keinginan dan kemahuan untuk memberitahu kenapa.

 
Hingga tibalah masa untuk melanjutkan pelajaran ke University. Kerana
bangga anaknya dapat masuk University, si anak dihadiahkan kereta
Ferrari.

 
Tetapi, sampai beberapa bulan si anak masih lagi naik motoooor aje.
Sehinggalah aweknya juga bingung, ada ferrari? kenapa naik motor?
Bila ditanya, Didi menjawab, alaaa, papa tak belikan bola hitam putih.
Takan papa tak faham perasaan anak papa sendiri!

 
So, selepas makan malam bersama, si awek memberitahu kepada bapa teman
lelakinya itu kenapa dia masih lagi manaiki motor dan tidak ferrari.

"kenapa pak cik tak belikan bola hitam putih seperti yang Didi mahukan.
Kerana bola tulaa didi merajuk?

 
Si papa sebenarnya sensitif dengan isu bola2 ni…..huh..sampai awek
anak aku pun tanya pasal bola.

 
Kemudian si bapa menanyakan si awek kenapa soalan tu yang di tanya?. Si
awek pun bagitau, Didi tak akan pakai Ferrarinya itu selagi papanya
tidak belikan dia bola hitam putih itu.

 
Si bapa menjadi bingung, di bilik anaknya sudah segitu banyak bola itam
bola putih. Nak buat apa, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di
hadapan awek anakmya itu, maka keesokan harinya dibelikan bola hitam
putih untuk anaknya.

 
Suatu hari anaknya pergi berjalan-jalan dengan aweknya ke gunung menaiki
ferrari. Maklumlah, anak muda katakan, ketika memandu si anak dicium
aweknya and dia terus jadi mengelabah dan terus accident!!!

 
Kedua-duanya terus di bawa ke hospital si bapa juga ditelipon oleh pihak
hospital. Kecederaan yang dialami oleh mereka berdua amat parah. Si awek
tidak dapat di selamtkan dan meninggal dalam perjalanan ke hospital
manakala si anak sudah tenat.

 
Si bapa datang ke Hospital.."macammana tuan doktor, anak saya?"
 
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) : "Maaf Encik, tidak banyak
yang dapat kami lakukan, kecederaannya terlalu parah….. sepertinya
memang sudah waktunya… sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu terakhir.."

 
Perlahan-lahan si bapa masuk ke bilik ICU, dan mendekati anaknya.
 
"Papa, maafkan saya..tak hati2 semasa memandu.. " si anak kelihatan
menangis dengan kematian aweknya. Si papa menenangkan dia…akrablah dua
manusia itu beberapa saat. Hingga si bapa merasakan yang ini adalah
saat2 terakhir mereka bersama, dia teringatkan kembali keinginannya
untuk mengetahui tentang kenapa si anak selama ini selalu meminta bola
hitam putih.

 
"Didi, maafkan papa selama ini yang selalu sibuk dan tidak dapat
menemani didi…. Papa faham didi amat kesepian…..maafkan papa, nak.
Papa tak sempat jadi orang tua yang baik."

 
Anaknya menjawab, "tak mengapalah papa, Didi faham.. Cuma kecewa sedikit
kalau papa belikan yang macam2 untuk didi…. tapi yang didi inginkan
cuma bola hitam putih aje…."

 
Tanpa berlengah lagi si papa terus bertanya, "KENAPA DIDI SELALU MINTA
BOLA HITAM PUTIH DARI PAPA… APA ISTIMEWANYA DENGAN BOLA2 ITU?"

(pembaca juga ingin tahu ya..?)
 
Dalam keadaan yang amat susah dan suara yang tersekat-sekat, si anak
mencuba untuk menjawab pertanyaan si bapa seolah-olah masanya sudah
hampir sampai…

 
"sebabnya ….Didi…didi….didiiii ."
 
*Tetiba* Kepalanya rebah ke pangkuan si bapa dan menghembuskan nafasnya
yang terakhir. Si anak meninggal sebelum sempat menjawap soalah bapanya.

Si bapa yang selalu hidup bersama-sama anaknya sehingga akhirnya pun tak
mengetahui apakah jawapannya…

 
apalagi aku yang cuma bercerita,
lagila… tak tahu jawapannya. SO CAMNE NI? Frust gilerrr? Isk! Isk!
Isk!…….. ..Rasa nak belasah je…orang yang mula-mula forward kat
aku.

 
P/S : Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah…Takkan nak jadi
korban sorang-sorang.


With Windows Live, you can organize, edit, and share your photos.

FW: HARAMKAN MEMAKAI TUDUNG!

haramkan tudung??

baca sampai habis, pastu komen Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia Ahli ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.

Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.

Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.

Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Sekranag malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.

Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan
universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini.

MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib
memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... .

pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan
menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI

2)TUDUNG PERIUK

3)TUDUNG TERMOS

4)TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian;kui kui!! kena kena!!


takkan nak kena sorang sorang kot keh keh

FW: Kesan parut dan luka


 

From: nas_272@hotmail.com



PAKU DAN ERTI KEHIDUPAN.....


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

 

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

 

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata:

"Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya

. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka
, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu,
namun lukanya masih tetap ada
. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu
ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada
kita."


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."


Share your memories online with anyone you want anyone you want.

Tuesday 8 September 2009

Habis manis Sepah Dibuang

Bingkisan ini ku tuliskan buat renungan mereka yang bergelar insan..
Hidup ini penuh dengan kekalutan..penuh dengan kekecewaan..Takdirkah yang perlu dipersalahkan? Atau kerakusan manusia yg menjadi dalang? Seringkali aku bertanya, kenapa semua ini berlaku?..dan setiap kali itulah jugak aku kecewa, hampa!!Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan di suatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong..yaaaa..aku masih ingat nama itu..dialah yg memiliki kami..Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe, Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong..apa yg aku ingat..setelah itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi.. aku resah meninggalkan kawan-kawan yang lain.
Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri..kerna mereka sedar, mereka juga bakal menerima nasib yang sama.Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang..sungguh indah pemandangan bandaraya ini..alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan..tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa..
Tiba-tiba Joe berhenti..melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-oleh ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya..perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku..dilurut-lurutnya berkali-kali..aku rimas diperlakukan sebegini, namun apakan daya..sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku. Joe semakin rakus..aku dikucupnya berkali-kali..terasa sekujur tubuhku membahang...uhhh!! TIDAK!!!! Raungan itu hanya mampu berkumandang di benakku..tubuhku semakin longlai dikerjakan Joe. Sampainya hatimu Joe..engkau manusia berhati binatang!!!syaitan!!! bertopengkan manusia..
Joe menghela nafas panjang..bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku..apakah dia sudah sedar akan perbuatannya??apakah dia kini menyesal?..Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.. Suasana sepi seketika..Joe senyap tanpa sebarang bicara..entah berapa kali jam di tangan direnunginya...
Sayup? kedengaran beberapa suara..seakan menghapiri kami..Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu..Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu..renungan yg dipenuhi nafsu serakah..Joe memperkenalkan aku pada nya..Roy, begitu jugak dengan yg lain-lain...Jack, Poie dan si gemuk itu..Agi. Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy.
Perkara terkutuk tadi dilakukan lagi, dari tangan ke tangan aku berpindah, aku dikucup..diisap..diramas sepuas-puasnya Aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya..seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu. Tubuhku dikecap mereka sepuas hati..dan akhirnya, setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang!!! maruah hidupku hancur..aku diperlakukan lebih hina daripada seekor anjing..Kenapa manusia begitu kejam?..tidakkah mereka sedar..aku juga punya harga diri??? syaitan-syaitan itu tak mungkin akan mengerti..
Kini..tinggallah aku sendirian..menangis..merintih mengenangkan nasib hidupku.Ya..inilah nasib hidupku!!!!!!!!!!
Yang Benar,
_______________
SEPUNTUNG ROKOK
Rokok lah .... abih korang pikir apa huh? :)Kusyuk nampak membaca....hehehhehe

Kisah Mat Rempit

Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.


Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.


Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya."Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani.


Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman."Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan.


Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya."Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap...""Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.


"Tok! Tok! Tok!"Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman."Jais... Jais..."Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya."T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,"Ni rumah encik Jais ke?"


Ani tergamam.


"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."


Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.