I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 24 June 2011

Sejarah Ringkas DBP Brunei



Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei adalah sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Brunei Darussalam. Jabatan ini bertanggungjawab sebagai badan Pembinaan dan Pengembangaan Bahasa dan Sastera, Penyelidikan dan Dokumentasi Kebudayaan dan Penerbitan Buku yang terbesar di negara ini di samping berperanan menyediakan perkhidmatan perpustakaan di seluruh negara.

Sejak 29 September 1959, dengan sempurnanya penandatanganan Perlembagaan Negeri Brunei 1959, telah mengangkat dan menempatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara.

Pada tahun 1961, kerajaan Brunei telah meluluskan penubuhan sebuah lembaga yang dipanggil sebagai LEMBAGA BAHASA. Oleh kerana nama Lembaga Bahasa difikirkan kurang sesuai, satu cadangan telah dibuat untuk menukar nama Lembaga Bahasa menjadi Bahagian Bahasa dan Pustaka, di bawah bidang kuasa Jabatan Pelajaran.

Mulai 1 Januari 1965, Bahagian Bahasa dan Pustaka telah dipisahkan daripada Jabatan Pelajaran dan telah menjadi sebuah jabatan baru yang dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.


Dipetik dari laman web rasmi DBP Brunei

No comments:

Post a Comment