1 PENDAHULUAN
Maklumat-maklumat ringkas mengenai Peraturan dan prosedur Kastam ini bertujuan untuk membantugolongan peniaga atau sesiapa yang berhasrat untuk berurusan dengan Jabatan kastam dan Eksais Diraja.Jika golongan peniaga atau orang ramai yang masih merasa ragu terhadap prosidur dan peraturan-peraturan kastam yang berkuatkuasa pada masa ini, dinasihatkan untuk menguhubungi Jabatan Kastam ataumana-mana cawangan Kastam bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.
2 TEMPAT-TEMPAT MASUK/KELUAR DAN PENDARATAN YANG SAH
(I) Melalui Udara
a Lapangan Terbang Antarabangsa, Negara
a
(II) Melalui Laut
a Pelabuhan Muara
a Terminal Feri Serasa
a Pos Kawalan Putat
a Dermaga Belait
(III) Melalui Darat
a Pos Kawalan Kastam Sungai Tujuh
a Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah
a Pos Kawalan Kastam Puni
a Pos Kawalan Kastam Labu
3 CUKAI-CUKAI KASTAM
(a) Setiap barangan bercukai yang diimport ke Negara Brunei Darussalam adalah tertakluk kepadaPerintah Cukai Import Kastam yang berkuatkuasa pada masa ini.
(b) Tarif Keutamaan Sama Rata ASEAN (CEPT) boleh diberikan kepada pengimport menurut kelayakan yang diberikan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama (MIPR).
(c) Sebahagian besar cukai import yang dikenakan berasaskan kepada kadar “Ad Valorem” dan sebahagian kecil sahaja kadar cukai berasaskan kadar “Specific”. Kadar “Ad Valorem” ialah kadar peratus yang dinilai dari harga barangan seperti 20%, manakala kadar “Specific” pula adalah kadar harga yang dikira dari jumlah berat atau kuantiti seperti $60. per Kg. atau $220 per tonne.
(d) Penentuan bagi perjenisan (classification) barangan yang diimport sama ada bercukai atau tidak adalah berpandukan kepada Brunei Trade Classification iaitu Harmonised Commodity Description and Coding System, versi 1996.
(e) Negara Brunei Darussalam tidak mengenakan sebarang cukai eksport bagi pengeksportan barangan dari negara ini sejak tahun 1973. Ianya adalah bagi menggalakan perusahaan tempatan.
4 PEMERIKSAAN BARANG-BARANG
i) Lazimnya pemeriksaan akan dilakukan keatas sesuatu konsinmen iaitu dari kadar minima 10% sehinggakepada tahap pemeriksaan menyeluruh (bergantung kepada keadaan dan arahan tertentu keatasbarangan tersebut).
ii) Pemeriksaan dijalankan juga disaksikan oleh pengimport atau wakilnya. Pengimport atau wakilnya juga bertanggunjawab untuk membuka, membungkus semula, menyusun atau menanda barangan tersebut dan mana-mana tindakan yang munasabah diarahkan oleh Pegawai Kastam yang bertugas.
iii) Pemeriksaan dijalankan di Pelabuhan mengimport / mengeksport atau tempat yang dibenarkan oleh Pengawal Kastam. Jika pengimport atau wakilnya memohon barangan mereka diperiksa diluar waktu berkerja mereka hendaklah membayar Kerja Lebih Masa kepada Kastam.
iv) Pemeriksaan dilakukan dengan memuaskan hati Pegawai Kastam yang bertugas.
5 IMPORT & EKSPORT
5.1 Barang-barang yang dibolehkan import & eksport
Semua barang-barang boleh diimport atau dieksport kecuali barang-barang yang tergolong dibawahBab 28 Akta Kastam 1984 iaitu barang-barang tegahan, sekatan dan kawalan.
5.2 Perlukah setiap barangan import & eksport diikrarkan kepada Kastam ?
Setiap barangan yang diimport/eksport perlu diikrarkan ke Jabatan Kastam menggunakan borang deklarasi kastam kecuali barang-barang berikut;
a Barang-barang penumpang yang dibawanya sendiri atau yang digunakan sendiri sewaktu ketibaan penumpang berkenaan.
a Barang-barang yang didatangkan melalui pos kecuali barang-barang bercukai.
5.3 Siapakah yang berkelayakan untuk mengikrarkan barang-barang yang diimport ?
a Pemilik
Pemilik juga disebut sebagai pengimport atau pengeksport berkelayakan untuk mengikrar barang-barang import /eksport kepada Jabatan Kastam.
a Wakil
Pemilik juga boleh memberi kuasa kepada agen atau forwarder sebagai wakil mereka dalam pengikraran.
5.4 Apakah syarat yang melayakkan pengimport/pengeksport untuk berurusan dengan Jabatan Kastam?
5.4.1 Pendaftaran Trader atau agen ID
a Setiap syarikat atau agen/forwarder dimestikan untuk mendaftar ke Jabatan Kastam bagi membolehkan mereka membuat sebarang urusan dengan Jabatan Kastam.
a Pendaftaran bagi orang-orang persendirian tidak dimestikan, bagaimanapun mereka dinasihatkan untuk menggunakan khidmat agen-agen Kastam (forwarders).
5.4.2 Dimana kah Pendaftaran Syarikat Dibuat?
a Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan yang disediakan di Unit Perkhidmatan Pelanggan, Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar.
a Permohonan yang diterima akan dimasukkan ke dalam sistem berkomputer (CCIS).
5.4.3 Apakah dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran?
a Salinan Sijil pendaftaran syarikat.
a Salinan Kad Pengenalan pintar.
6 LARANGAN DAN SEKATAN BAGI IMPORT DAN EKSPORT
Negara Brunei Darussalam masih mengenakan Larangan/Tegahan dan Sekatan/Kawalan keatas sebahagian jenis barangan sama ada untuk Import, Import semula, Eksport dan Eksport semula sepertimana yang terdapat dalam peruntukan Akta Kastam 1984 (Bab 28). Terdapat 4 jadual dalam Perintah Kastam (Larangan dan Sekatan) bagi import dan eksport.
Jadual Pertama: Larangan bagi import
Mana-mana orang adalah dilarang sama sekali untuk mengimport atau membawa masuk kedalam negara ini barangan yang disenaraikan dalam jadual ini.
a Dadah merbahaya seperti Opium, Heroin, Morphine, dan bahan-bahan Psychotrapic seperti LSD, DET, DMT, DOM, Mescaline, Barbiturates dan Amobarbital
a Arms and ammunitions
a “SALK” polio vaccine
a Java sparrows (padda oryzivora)
a Babi ternakan dalam negeri atau eksport dari Thailand
a Fire crackers (known as “double bangers”)
a Vaccines of Chinese Taipei origin
a Cigarettes without health warning written on their package
a Fabric of tissues consisting of any fibre whatsoever and of any other article whatsoever which fibre or tissue or other articles bear the imprint of any currency note, bank note or coin which are or have at any time been issue or current in any country whatsoever.
Jadual Kedua: Sekatan Bagi import
Mana-mana orang adalah disekat untuk mengimport atau membawa masuk kedalam negara ini baranganyang disenaraikan dalam jadual ini kecuali mendapat kebenaran dari atau bagi pihak Pengawal
a Any living plant or planting material
a Live cattle and birds
a Pin table, fruit machines, slot machines and any other tables or machines of a like nature whether involving an element of change or not
a Persian glue
a Poisons and deleterious drugs
a Rice paddy and the products thereof
a Separated skimmed or filled milk
a Poh Ka,, Poh Kah or Poh Kau
a Koyoh or Koyok
a Liow Ko
a Ch’ow Ko
a Gula, Garam dan Converted Timber
a Used (including reconditioned) motorcars, motorcycles, lorries, omnibuses, including mini buses, tractor and trailers
a Alcohlic liquors
a Any radioactive materials
Jadual Ketiga: Larangan bagi eksport
Mana-mana orang adalah dilarang sama sekali untuk mengeksport atau membawa keluar dari negara inibarangan yang disenaraikan dalam jadual ini
a Prawn refuse and copra cake
a Stone or Gravel
Jadual Keempat: Sekatan bagi eksport
Mana-mana orang adalah disekat untuk mengeksport atau membawa keluar dari negara ini barangan yangdisenaraikan dalam jadual ini kecuali mendapat kebenaran dari atau bagi pihak Pengawal
a Derris Species (tuba)
a Elaeis Quineesis (oil palm)
a Rice, Paddy and product their of
a Timber class 1A, 1B, 1C, Nibong, Rattans
a Article of an antique or historical nature made or discovered in Brunei Darussalam
a Kerosene
a Cigarettes
a Alcoholic Liquors
a Sugar
a Premium and Regular Gasoline
a Diesoline
diambil dari laman web rasmi Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja Brunei
Casino Table Games - Mapyro
ReplyDeletePlay Blackjack, Roulette, & Video Poker at Mapyro Casino! Find your favorite 경상남도 출장안마 game 남양주 출장샵 and get 경주 출장안마 the best possible experience. We offer the best 영주 출장안마 gaming experience 수원 출장샵 in