Dalam Sunnah Nabi s.a.w kita diperintahkan untuk bersukan, antaranya dengan memanah dan menunggang kuda. Kerana mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah. Nabi s.a.w telah memberikan izin kepada orang- orang Habsyahuntuk menari dengan tembok dan pedang mereka di serambi masjidnya yang mulia pada hari raya dan Nabi s.a.w mendorong mereka dengan mengatakan, "untukmu wahai Bani Afridah"
Akan tetapi Islam melarang sebahagian daripada jenis permainan yang ada kerana dianggap bertentangan dengan tujuannya dan meyimpang dari segi tatacaranya.
JENIS PERMAINAN YANG DI LARANG OLEH ISLAM:
1. Permainan yg sangat berbahaya tanpa darurat, seperti tinju dan lainnya
2. Permainan yg menampakkan tubuh wanita yang tidak halal dilihat oleh laki- laki yang bukan muhramnya seperti olah raga, renang dan lain- lain kecuali jika disediakan kolam renang khusus untuk wanita sahaja.
3. Permainan sihir dan merosakkan. Haram bagi kita mengajarkannya atau menyebarkannya.
4. Permainan yang menipu orang demi memperoleh harta dengan kebatilan.
5. Permainan beradu binatang dan menyakitinyaseperti laga ayam atau laga kambing.
6. Permainan berdasarkan nasib, seperti undian atau yang sejenisnya. Berbeza dengan permainan yang menguji akal, seperti catur dan yang sejenis dengannya dibolehkan.
7. Permainan judi
8. Permainan yang boleh menghina dan merendahkan kehormatan manusia atau menjadikan orang lain sebagai bahan ketawa.
9. Berlebihan dalam permainan, sehingga menganggu pekerjaan hariannya.
Oleh itu, dalam Islam tidak boleh terlalu mengagungkan sesuatu permainan contohnya bola sepak sehingga alpa kepada Allah. Sehingga pemain bola sepak itu menjadi role model dan dipuja- puja di sesetengah negara sehingga boleh menimbulkan syirik kepada Allah. Agak menyedihkan sekiranya sebahagian ahli pemikir dan ilmu pengetahuan tidak lagi dipandang kekuatan mereka, kerana fungsi kaki seakan lebih penting daripada fungsi kepala.
Sumber:
Buku Soal Jawab Remeh - temeh Tentang Isu Semasa
Penulis: Ustazah Siti Bahyah Mahamood & Mohammad Nidzam Abdul Kadir
"Yang baik dijadikan teladan, Yang buruk dijadikan Sempadan"
No comments:
Post a Comment