I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 28 June 2011

PROSEDUR KASTAM

1 PENDAHULUAN

Maklumat-maklumat ringkas mengenai Peraturan dan prosedur Kastam ini bertujuan untuk membantugolongan peniaga atau sesiapa yang berhasrat untuk berurusan dengan Jabatan kastam dan Eksais Diraja.Jika golongan peniaga atau orang ramai yang masih merasa ragu terhadap prosidur dan peraturan-peraturan kastam yang berkuatkuasa pada masa ini, dinasihatkan untuk menguhubungi Jabatan Kastam ataumana-mana cawangan Kastam bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

2 TEMPAT-TEMPAT MASUK/KELUAR DAN PENDARATAN YANG SAH

(I) Melalui Udara

a Lapangan Terbang Antarabangsa, Negara Brunei Darussalam

a Brunei Shell Air Strip

(II) Melalui Laut

a Pelabuhan Muara

a Terminal Feri Serasa

a Pos Kawalan Putat

a Dermaga Belait

(III) Melalui Darat

a Pos Kawalan Kastam Sungai Tujuh

a Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah

a Pos Kawalan Kastam Puni

a Pos Kawalan Kastam Labu

Keatas

3 CUKAI-CUKAI KASTAM

(a) Setiap barangan bercukai yang diimport ke Negara Brunei Darussalam adalah tertakluk kepadaPerintah Cukai Import Kastam yang berkuatkuasa pada masa ini.

(b) Tarif Keutamaan Sama Rata ASEAN (CEPT) boleh diberikan kepada pengimport menurut kelayakan yang diberikan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama (MIPR).

(c) Sebahagian besar cukai import yang dikenakan berasaskan kepada kadar “Ad Valorem” dan sebahagian kecil sahaja kadar cukai berasaskan kadar “Specific”. Kadar “Ad Valorem” ialah kadar peratus yang dinilai dari harga barangan seperti 20%, manakala kadar “Specific” pula adalah kadar harga yang dikira dari jumlah berat atau kuantiti seperti $60. per Kg. atau $220 per tonne.

(d) Penentuan bagi perjenisan (classification) barangan yang diimport sama ada bercukai atau tidak adalah berpandukan kepada Brunei Trade Classification iaitu Harmonised Commodity Description and Coding System, versi 1996.

(e) Negara Brunei Darussalam tidak mengenakan sebarang cukai eksport bagi pengeksportan barangan dari negara ini sejak tahun 1973. Ianya adalah bagi menggalakan perusahaan tempatan.

Keatas

4 PEMERIKSAAN BARANG-BARANG

i) Lazimnya pemeriksaan akan dilakukan keatas sesuatu konsinmen iaitu dari kadar minima 10% sehinggakepada tahap pemeriksaan menyeluruh (bergantung kepada keadaan dan arahan tertentu keatasbarangan tersebut).

ii) Pemeriksaan dijalankan juga disaksikan oleh pengimport atau wakilnya. Pengimport atau wakilnya juga bertanggunjawab untuk membuka, membungkus semula, menyusun atau menanda barangan tersebut dan mana-mana tindakan yang munasabah diarahkan oleh Pegawai Kastam yang bertugas.

iii) Pemeriksaan dijalankan di Pelabuhan mengimport / mengeksport atau tempat yang dibenarkan oleh Pengawal Kastam. Jika pengimport atau wakilnya memohon barangan mereka diperiksa diluar waktu berkerja mereka hendaklah membayar Kerja Lebih Masa kepada Kastam.

iv) Pemeriksaan dilakukan dengan memuaskan hati Pegawai Kastam yang bertugas.

Keatas

5 IMPORT & EKSPORT

5.1 Barang-barang yang dibolehkan import & eksport

Semua barang-barang boleh diimport atau dieksport kecuali barang-barang yang tergolong dibawahBab 28 Akta Kastam 1984 iaitu barang-barang tegahan, sekatan dan kawalan.

5.2 Perlukah setiap barangan import & eksport diikrarkan kepada Kastam ?

Setiap barangan yang diimport/eksport perlu diikrarkan ke Jabatan Kastam menggunakan borang deklarasi kastam kecuali barang-barang berikut;

a Barang-barang penumpang yang dibawanya sendiri atau yang digunakan sendiri sewaktu ketibaan penumpang berkenaan.

a Barang-barang yang didatangkan melalui pos kecuali barang-barang bercukai.

5.3 Siapakah yang berkelayakan untuk mengikrarkan barang-barang yang diimport ?

a Pemilik

Pemilik juga disebut sebagai pengimport atau pengeksport berkelayakan untuk mengikrar barang-barang import /eksport kepada Jabatan Kastam.

a Wakil

Pemilik juga boleh memberi kuasa kepada agen atau forwarder sebagai wakil mereka dalam pengikraran.

Keatas

5.4 Apakah syarat yang melayakkan pengimport/pengeksport untuk berurusan dengan Jabatan Kastam?

5.4.1 Pendaftaran Trader atau agen ID

a Setiap syarikat atau agen/forwarder dimestikan untuk mendaftar ke Jabatan Kastam bagi membolehkan mereka membuat sebarang urusan dengan Jabatan Kastam.

a Pendaftaran bagi orang-orang persendirian tidak dimestikan, bagaimanapun mereka dinasihatkan untuk menggunakan khidmat agen-agen Kastam (forwarders).

5.4.2 Dimana kah Pendaftaran Syarikat Dibuat?

a Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan yang disediakan di Unit Perkhidmatan Pelanggan, Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar.

a Permohonan yang diterima akan dimasukkan ke dalam sistem berkomputer (CCIS).

5.4.3 Apakah dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran?

a Salinan Sijil pendaftaran syarikat.

a Salinan Kad Pengenalan pintar.

Keatas

6 LARANGAN DAN SEKATAN BAGI IMPORT DAN EKSPORT

Negara Brunei Darussalam masih mengenakan Larangan/Tegahan dan Sekatan/Kawalan keatas sebahagian jenis barangan sama ada untuk Import, Import semula, Eksport dan Eksport semula sepertimana yang terdapat dalam peruntukan Akta Kastam 1984 (Bab 28). Terdapat 4 jadual dalam Perintah Kastam (Larangan dan Sekatan) bagi import dan eksport.

Jadual Pertama: Larangan bagi import

Mana-mana orang adalah dilarang sama sekali untuk mengimport atau membawa masuk kedalam negara ini barangan yang disenaraikan dalam jadual ini.

a Dadah merbahaya seperti Opium, Heroin, Morphine, dan bahan-bahan Psychotrapic seperti LSD, DET, DMT, DOM, Mescaline, Barbiturates dan Amobarbital

a Arms and ammunitions

a “SALK” polio vaccine

a Java sparrows (padda oryzivora)

a Babi ternakan dalam negeri atau eksport dari Thailand

a Fire crackers (known as “double bangers”)

a Vaccines of Chinese Taipei origin

a Cigarettes without health warning written on their package

a Fabric of tissues consisting of any fibre whatsoever and of any other article whatsoever which fibre or tissue or other articles bear the imprint of any currency note, bank note or coin which are or have at any time been issue or current in any country whatsoever.

Keatas

Jadual Kedua: Sekatan Bagi import

Mana-mana orang adalah disekat untuk mengimport atau membawa masuk kedalam negara ini baranganyang disenaraikan dalam jadual ini kecuali mendapat kebenaran dari atau bagi pihak Pengawal Kastam.

a Any living plant or planting material

a Live cattle and birds

a Pin table, fruit machines, slot machines and any other tables or machines of a like nature whether involving an element of change or not

a Persian glue

a Poisons and deleterious drugs

a Rice paddy and the products thereof

a Separated skimmed or filled milk

a Poh Ka,, Poh Kah or Poh Kau

a Koyoh or Koyok

a Liow Ko

a Ch’ow Ko

a Gula, Garam dan Converted Timber

a Used (including reconditioned) motorcars, motorcycles, lorries, omnibuses, including mini buses, tractor and trailers

a Alcohlic liquors

a Any radioactive materials

Keatas

Jadual Ketiga: Larangan bagi eksport

Mana-mana orang adalah dilarang sama sekali untuk mengeksport atau membawa keluar dari negara inibarangan yang disenaraikan dalam jadual ini.

a Prawn refuse and copra cake

a Stone or Gravel

Jadual Keempat: Sekatan bagi eksport

Mana-mana orang adalah disekat untuk mengeksport atau membawa keluar dari negara ini barangan yangdisenaraikan dalam jadual ini kecuali mendapat kebenaran dari atau bagi pihak Pengawal Kastam.

a Derris Species (tuba)

a Elaeis Quineesis (oil palm)

a Rice, Paddy and product their of

a Timber class 1A, 1B, 1C, Nibong, Rattans

a Article of an antique or historical nature made or discovered in Brunei Darussalam

a Kerosene

a Cigarettes

a Alcoholic Liquors

a Sugar

a Premium and Regular Gasoline

a Diesoline



diambil dari laman web rasmi Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja Brunei

Monday, 27 June 2011

PERMAINAN MENURUT PANDANGAN ISLAM

Dalam Sunnah Nabi s.a.w kita diperintahkan untuk bersukan, antaranya dengan memanah dan menunggang kuda. Kerana mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah. Nabi s.a.w telah memberikan izin kepada orang- orang Habsyahuntuk menari dengan tembok dan pedang mereka di serambi masjidnya yang mulia pada hari raya dan Nabi s.a.w mendorong mereka dengan mengatakan, "untukmu wahai Bani Afridah"

Akan tetapi Islam melarang sebahagian daripada jenis permainan yang ada kerana dianggap bertentangan dengan tujuannya dan meyimpang dari segi tatacaranya.


JENIS PERMAINAN YANG DI LARANG OLEH ISLAM:

1. Permainan yg sangat berbahaya tanpa darurat, seperti tinju dan lainnya

2. Permainan yg menampakkan tubuh wanita yang tidak halal dilihat oleh laki- laki yang bukan muhramnya seperti olah raga, renang dan lain- lain kecuali jika disediakan kolam renang khusus untuk wanita sahaja.

3. Permainan sihir dan merosakkan. Haram bagi kita mengajarkannya atau menyebarkannya.

4. Permainan yang menipu orang demi memperoleh harta dengan kebatilan.

5. Permainan beradu binatang dan menyakitinyaseperti laga ayam atau laga kambing.

6. Permainan berdasarkan nasib, seperti undian atau yang sejenisnya. Berbeza dengan permainan yang menguji akal, seperti catur dan yang sejenis dengannya dibolehkan.

7. Permainan judi

8. Permainan yang boleh menghina dan merendahkan kehormatan manusia atau menjadikan orang lain sebagai bahan ketawa.

9. Berlebihan dalam permainan, sehingga menganggu pekerjaan hariannya.

Oleh itu, dalam Islam tidak boleh terlalu mengagungkan sesuatu permainan contohnya bola sepak sehingga alpa kepada Allah. Sehingga pemain bola sepak itu menjadi role model dan dipuja- puja di sesetengah negara sehingga boleh menimbulkan syirik kepada Allah. Agak menyedihkan sekiranya sebahagian ahli pemikir dan ilmu pengetahuan tidak lagi dipandang kekuatan mereka, kerana fungsi kaki seakan lebih penting daripada fungsi kepala.

Sumber:
Buku Soal Jawab Remeh - temeh Tentang Isu Semasa
Penulis: Ustazah Siti Bahyah Mahamood & Mohammad Nidzam Abdul Kadir


"Yang baik dijadikan teladan, Yang buruk dijadikan Sempadan"

Hidayah

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."
Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.
Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?"
"Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.
Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!"
Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja."
Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut td telah bermimpi di dalam tidurnya.

"Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?"
Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andainya jika saja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.
Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"
Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."
Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."

Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.



Saturday, 25 June 2011

Maharaja Lawak Final serta Keputusannya

2011


TEMPAT KEEMPAT
.... APA PUN TAK BOLEH ..."Tropi anda adalah peminat" Kata Apek




TEMPAT KETIGA:
The Lalatz ....Lu fikirlah sendiri



TEMPAT KEDUA:
Mail Lambung vs ACai ...wah hebat!!!





MAHARAJA LAWAK 2011
Akhirnya dapat jua jumpa dgn Dafi ... owh...SEMPUUT~




Sempena Sepah dijulang menjadi Maharaja Lawak 2011, Orang Johor suka, aku pun berkali-kali suka .... hihihihihi

Friday, 24 June 2011

LAWAK-LAWAK SIPUNCA

KASIHAN MAMA

Sebuah keluarga
akhirnya dapat pindah ke rumah yang lebih besar.

beberapa hari kemudian, salah seorang anaknya bertemu dengan teman dari kawasan bekas rumah lamanya.

"Bagaimana dengan rumah barumu? enak? "tanya si teman.

"Ya, tentu saja. kami punya bilik sendiri-sendiri. cuma kasihan mama, ia tetap saja sebilik dengan papa. "jawab si anak.



RASA NAK MUNTAH

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”


NAMA NAMA PILIHAN JEPUN

1. Yg pemarah - KEJI CACIMAKI

2. Yg tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA

3. Yg bisu - KITA TADASUARA

4. Yg suka makan tose - NANACHI HITOSE

5. Yg suka lagu blue s- APO NADIKATO

6. Yg suka belajar - ASIKO ULANGKAJI

7. Yg kerap bikin rebut - WAKASI HURUHARA

8. Yg masih bujang - MATIMATI TAMOKASI

9. Yg asyik berbini - ASIKO GILOBETINOKO



RUMAH ATAU TANGGA

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan !



SKETSA DI SEBUAH RESTORAN

Minggu lepas Hjh Taitung membawa kawan2 sepejabatnya ke sebuah restoran yang baru. Time ia makan atu, Hjh Taitung merasa satu keanehan. Sorang pelayan yang melayan durang selalu membawa sudu dalam poket bajunya. Datang lagi sorang pelayan lain membawa aing kosong...punnnn ada sudu dalam poket bajunya. Sekali diliatnya sekeliling... memang semua pelayan restoran atu membawa sudu dalam poket baju. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup Hjh Taitung pun betanya,"Minta maapku wang ah...kan betanya..kenapa kamu membawa sudu dalam poket kamu atukan?". "Yang banarnya...",pelayan menerangkan,"bos kami baru lapas mengupah juruperunding untuk merumbak peniagaannya. Selapas dua tiga bulan durang mengkaji... iatah durang mengandaikan... sudu adalah adalah satu-satunya alat makan yang selalu tegugur kalau pelanggan makan. Selalunya mengikut kajian durang, lebih kurang 3 sudu tegugur dalam satu meja sejam. Sal atutah kakitangan di sini kana suruh lebih besedia kajah.. ianya supaya mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur...menjimat masa...! Maksudnya mengantat sudu arah meja pelanggan yang tegugur sudunya dgn sudu yang baru. Jadinyakan... save jua 15 jam seorang setiap syif". Kan dijadikan cerita.... sudu Hjh Taitung tegugur time atu jua..."KLETUK!!" dan pelayan atu menggantikannya dengan sudu di poketnya. "Nantitah ku ngambil sudu lain tuk ditaruh dipoket masaku ke dapur krg...",nya pelayan atu pada dirinya. Hjh Taitung merasa kagum. Sekali...diliatnya ada banang putih arah zip seluarnya. Diliatnya sekeliling...semua pelayan restoran atu ada banang putih jua di zip seluarnya. So... sebelum pelayan atu minta diri... Hjh Taitung pun betanya,"Eh...wang...tunggu dulu...tumpang tanyaku lagi ah.. boleh ko bagitau kadiaku kenapa ada banang putih arah zip seluar mu atu...minta maapku wang ah?". "Ok tu kajah.. apa salahnya..",nya pelayan atu. Tapi...damit suaranya.. "Nda semua orang perasan banang putih di zip seluar kami ani ni kajah". "Jururunding atu ada jua mencadangkan...anu...tuk menjimatkan masa kami masa ke jamban...banang putih ani kami ikat di kepala anu kami...supaya kami dapat menarik anu kami keluar makai benang saja...nda payah memigang anu kami... jadinya... kami nda payah kicuh-kicuh kan membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan...mengikut kajian... cara ani dapat memindikkan masa sebanyak 76.39 peratus kajah..",jawab c pelayan dengan panjang lebar. Hjh Taitung menyuruh c pelayan mengampiri ia dgn cara menundukkan badannya arahnya dan betanya lagi dgn suara pelahan,"Astah...bah..lapas ko keluarkan anu mu makai benang atu.. macammana ko masukkan ia balik kedalam seluarmu?". Dengan masih membungkuk ampir mua Hjh Taitung...c pelayan menjawab lagi dgn suara bebisik jua,"Sanang saja tu kajah...kami pakai sudu di dalam poket kami tadi kajah....shhhhh...tau sama tau saja kajah". Moral : Banyak-banyaklah betanya semasa di restoran..



Majalah-Majalah & Jurnal-Jurnal Terbitan DBP Brunei

  • Jurnal Bahasa

  • Jurnal Beriga

  • Jurnal Pangsura

  • Jurnal Undang-Undang Syariah

  • Majalah Bahana

  • Majalah Juara Pelajar

  • Majalah Mekar


    Dipetik dari laman web rasmi DBP Brunei

Dasar Penubuhan DBP Brunei


  • Berusaha dan berikhtiar mengembangkan dan meninggikan Bahasa Melayu;
  • Mensesuaikan pemakaian Bahasa Melayu yang dijadikan Bahasa Rasmi Negara mengikut kehendak dan semangat Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dalam Bab 82 (i);
  • Mengeluarkan atau menentukan pengeluaran buku;
  • Menyatupadukan ejaan dan sebutan dan menyatupadukan perkataan teknikal dalam Bahasa Melayu; dan
  • Menggalakkan orang-orang yang berkebolehan dalam mempelajari Bahasa Melayu.


Dipetik dari laman web rasmi DBP Brunei

Sejarah Ringkas DBP Brunei



Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei adalah sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Brunei Darussalam. Jabatan ini bertanggungjawab sebagai badan Pembinaan dan Pengembangaan Bahasa dan Sastera, Penyelidikan dan Dokumentasi Kebudayaan dan Penerbitan Buku yang terbesar di negara ini di samping berperanan menyediakan perkhidmatan perpustakaan di seluruh negara.

Sejak 29 September 1959, dengan sempurnanya penandatanganan Perlembagaan Negeri Brunei 1959, telah mengangkat dan menempatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara.

Pada tahun 1961, kerajaan Brunei telah meluluskan penubuhan sebuah lembaga yang dipanggil sebagai LEMBAGA BAHASA. Oleh kerana nama Lembaga Bahasa difikirkan kurang sesuai, satu cadangan telah dibuat untuk menukar nama Lembaga Bahasa menjadi Bahagian Bahasa dan Pustaka, di bawah bidang kuasa Jabatan Pelajaran.

Mulai 1 Januari 1965, Bahagian Bahasa dan Pustaka telah dipisahkan daripada Jabatan Pelajaran dan telah menjadi sebuah jabatan baru yang dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.


Dipetik dari laman web rasmi DBP Brunei

Tuesday, 21 June 2011

Dalam Mihrab Cinta


Film Religi Dalam Mihrab Cinta Merupakan Kisah Dude Harlino si Pencopet Jadi Ustaz. Satu lagi karya Kang Abi (Habiburahman El Shirazi) yang menyentuh kalbu. Pemuda berambut gondrong itu merintih memegang wajahnya yang lebam. Darah mengucur di sudut bibir dan keningnya. Dengan mengiba dia memohon ampun. Tapi puluhan santri yang mengelilinginya tak mau peduli. Mereka justru makin beringas menghajar si pemuda. Saymsul Hadi, pemuda malang itu, jadi bulan-bulanan kerana dituduh mencuri.

Walaupun berkali-kali mengelak bahawa bukan dia pelakunya, tak seorang pun yang percaya.Ramai-ramai mereka terus melayangkan bogem mentah ke wajah dan tubuhnya.

Syamsul-diperankan oleh Dude Harlino-seorang pemuda asal Pekalongan yang belum setahun mondok di Pesantren Al Furqon yang terletak di daerah Kediri, Jawa Timur. Ia bertekad memperdalam ilmu di pesantren, walaupun sang ayah (El Manik) memintanya melanjutkan pendidikan di Fakultas Ekonomi. Kehadiran Syamsul di pesantren menarik hati Zizi (Meyda Sefira), putri pemilik pesantren. Apalagi sebelumnya gadis manis itu pernah diselamatkan Syamsul ketika diserang pencuri di kereta api. Hal ini membuat cemburu dihati Burhanyang merupakan sahabat Syamsul yang sudah lama menaruh hati kepada Zizi. Maka disusunlah sebuah strategi untuk memerangkap Syamsul dalam tuduhan sebagai pencuri.

Syamsul mau tak mau harus menerima hukuman.Setelah semalaman dikurung di gudang pesantren, di diusir dari pesantren. Sebagai hukuman tambahan, di hadapan puluhan santri, rambutnya dicukur hingga pelontos. Syamsul marah sekaligus kecewa. Apalagi ayah dan dua abangnya juga ikut-ikutan menuduhnya sebagai pencuri. Lelah dengan semua fitnah yang menderanya, Syamsul lari dari rumah. Susahnya kehidupan di jalan membuatnya kecewa. Syamsul yang terusir kerana difitnah dan terus terjerumus menjadi seorang pencopet.

Sayang, saat melancarkan aksi pertamanya, dia kepergok mangsanya dan kembali jadi bulan-bulanan massa. "Jadi penjahat itu jangan setengah-setengah, pencopet juga harus profesional," begitu saran salah seorang teman satu penjaranya masa Syamsul tertangkap saat mencopet untuk pertama kalinya di Kota.Keluar penjara dan pindah ke Jakarta, Syamsul kian selesa dengan profesinya sebagai pencopet.Hingga suatu waktu dia mencopet dompet seorang gadis. Dari foto yang terselip didompet, ternyata gadis itu tak lain tunangan sahabat yang menjadi musuhnya, Burhan.

Inilah perjalanan hidup pemuda Syamsul yang terangkum dalam filem Dalam Mihrab Cinta. Filem yang diangkat dari novel berjudul sama, digarap langsung oleh sang penulisnya Habiburahman El Shirazi. Setelah Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2, untuk novelnya ini, Kang Abik-didampingi Chaerul Umam-tampil sebagai pengarah. Film produksi Sinemart Pictures yang mulai tayang dibioskop 23 Disember 2010 ini, cuba tetap setia pada alur cerita dalam novel.Termasuk bagaimana perubahan watak Syamsul dari seorang pencopet menjadi seorang guru mengaji yang disegani.

Syamsul yang awalnya menyamar sebagai guru mengaji demi menyelamatkan Silvi dari kejahatan Burhan, belakangan justru menikmati peranannya.Si peragut itu kemudian terkenal menjadi ustaz muda yang ceramah-ceramahnya mampu membius pendengarnya. Alur kehidupnnya pun seketika berubah. Sang pencopet berubah laksana malaikat yang tanpa cela. Seperti filem-filem sebelumnya, filem ini juga diwarnai pergelutan batin Syamsul yang bingung memilih siapa perempuan yang akan mendampingi hidupnya.

Monday, 27 December 2010

panduan: cara mengesan lelaki teruna :p










Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih “dara”/ “teruna” (tak ramai dah) walaupun kebanyakan wanita lebih suka memilih yg berpengalaman, ini panduan untuk anda mengenali samaada seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak..

1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku

5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya

8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan



dipetik dari: makalah2u.blogspot.com

Saturday, 13 November 2010

TAZKIRAH : NASIHAT SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan:



Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.."



Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.."



Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.."



Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.."



Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.."



Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.."

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.



InsyaALLAH.





dipetik oleh: hade712

Monday, 8 November 2010

Kisah Tauladan .. .. Suami or Isteri

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari
pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari
untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu
supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk
sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun
saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak
dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu,
kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan
bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.

Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak
bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor
sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu
cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe…
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur…. … tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
…Beranaaak? ??……. Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk…!! !

~~~~~ ‘Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’ Sergah satu suara di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??

‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya..

Saturday, 6 November 2010

Brain Injury

SYMPTOMS OF BRAIN INJURY

Any brain function can be disrupted by brain trauma: excessive sleepiness, inattention, difficulty concentrating, impaired memory, faulty judgment, depression, irritability, emotional outbursts, disturbed sleep, diminished libido, difficulty switching between two tasks, and slowed thinking. Sorting out bonafide brain damage from the effects of migraine headaches, pain elsewhere in the body, medications, depression, preoccupation with financial loss, job status, loss of status in the community, loss of status in the family, and any ongoing litigation can be a formibable task.

The extent and the severity of cognitive neurologic dysfunction can be measured with the aid of neuropsychological testing. Neuropsychologists use their tests to localize dysfunction to specific areas of the brain. For example, the frontal lobes play an essential role in drive, mood, personality, judgment, interpersonal behavior, attention, foresight, and inhibition of inappropriate behavior. The ability to plan properly and execute those plans is known as "executive function." Frontal lobe injury is often associated with damage to the olfactory bulbs beneath the frontal lobes. Patients may note reduced or altered sense of smell. One recent study (Varney 1993) showed that 92% of brain injured patient suffering anosmia (loss of smell) had ongoing problems with employment, even though their neuropsychological testing was relatively normal.

The effects of brain injury on the patient may be equaled or even surpassed by the effect on the patient's family. Brain injuries are known for causing extreme stressors in family and interpersonal relationships.

In general, symptoms of traumatic brain injury should lessen over time as the brain heals but sometimes the symptoms worsen because of the patient's inability to adapt to the brain injury. For this and other reasons, it is not uncommon for psychological problems to arise and worsen after brain injury.







SYMPTOM CHECKLIST

A wide variety of symptoms can occur after "brain injury." The nature of the symptoms depends, in large part, on where the brain has been injured. Below find a list of possible physical and cognitive symptoms which can arise from damage to specific areas of the brain:



Frontal Lobe: Forehead
  • Loss of simple movement of various body parts (Paralysis).
  • Inability to plan a sequence of complex movements needed to complete multi-stepped tasks, such as making coffee (Sequencing).
  • Loss of spontaneity in interacting with others.
  • Loss of flexibility in thinking.
  • Persistence of a single thought (Perseveration).
  • Inability to focus on task (Attending).
  • Mood changes (Emotionally Labile).
  • Changes in social behavior.
  • Changes in personality.
  • Difficulty with problem solving.
  • Inability to express language (Broca's Aphasia).

Parietal Lobe: near the back and top of the head
  • Inability to attend to more than one object at a time.
  • Inability to name an object (Anomia).
  • Inability to locate the words for writing (Agraphia).
  • Problems with reading (Alexia).
  • Difficulty with drawing objects.
  • Difficulty in distinguishing left from right.
  • Difficulty with doing mathematics (Dyscalculia).
  • Lack of awareness of certain body parts and/or surrounding space (Apraxia) that leads to difficulties in self-care.
  • Inability to focus visual attention.
  • Difficulties with eye and hand coordination.

Occipital Lobes: most posterior, at the back of the head
  • Defects in vision (Visual Field Cuts).
  • Difficulty with locating objects in environment.
  • Difficulty with identifying colors (Color Agnosia).
  • Production of hallucinations.
  • Visual illusions - inaccurately seeing objects.
  • Word blindness - inability to recognize words.
  • Difficulty in recognizing drawn objects.
  • Inability to recognize the movement of object (Movement Agnosia).
  • Difficulties with reading and writing.

Temporal Lobes: side of head above ears
  • Difficulty in recognizing faces (Prosopagnosia).
  • Difficulty in understanding spoken words (Wernicke's Aphasia).
  • Disturbance with selective attention to what we see and hear.
  • Difficulty with identification of, and verbalization about objects.
  • Short term memory loss.
  • Interference with long term memory.
  • Increased and decreased interest in sexual behavior.
  • Inability to catagorize objects (Categorization).
  • Right lobe damage can cause persistent talking.
  • Increased aggressive behavior.

Brain Stem: deep within the brain
  • Decreased vital capacity in breathing, important for speech.
  • Swallowing food and water (Dysphagia).
  • Difficulty with organization/perception of the environment.
  • Problems with balance and movement.
  • Dizziness and nausea (Vertigo).
  • Sleeping difficulties (Insomnia, sleep apnea).

Cerebellum: base of the skull
  • Loss of ability to coordinate fine movements.
  • Loss of ability to walk.
  • Inability to reach out and grab objects.
  • Tremors.
  • Dizziness (Vertigo).
  • Slurred Speech (Scanning Speech).
  • Inability to make rapid movements.

Friday, 5 November 2010

Kisah Monyet (jadikanlah renungan bersama)

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis. Apa
yang saya ingin ceritakan pun hanyalah tetang monyet, haiwan yang sering
jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas,
kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita
tentang itu.

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang
saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala
Pilah, nun di depan sana, saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir
di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir, saya terkejut
kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar
salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan
memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu
terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya
terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang
buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu
berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika
itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi
akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang
sebelum sempat melihat wajah ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak
kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi,
tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja
dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia
hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan
manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini,
kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan
saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh
seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya
bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya
terima ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu, matahari pun sudah meninggi, tapi
tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh,
rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu,
seolah-olah bersembunyi jauh dari kami. Hutan itu sepi.

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian
beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik,

"Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa. Mungkin esok ada habuan."

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar
suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya
mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang
memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di
bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.

Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya,
nanti boleh bela," begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya
membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.


Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu:

"Daripada balik tangan kosong? "

Lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ?


DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-
monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting
patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.


Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak
cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat.
Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak
tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah.
Ia cuba bangun. Dengan bersusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar
pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang
masih berdarah.

Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil
berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan
jatuh, bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang
jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan
menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah
itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.

Saya dan pak cik terdiam melihat si anak menghisap susu manakala ibunya
mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati
saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa
ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya.

Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin
memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu
akan pergi.

Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap
mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau
kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si
anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.

Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami
dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke
sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu
berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.


Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si
ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya
terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak
dapat ditanggung lagi.


Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri
dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak
tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia
beberapa kali menggetap bibir cubamenahan air matanya daripada tumpah
ke pipi.

Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang
tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal
dengan apa yang berlaku.

Suasana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang.
Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang
telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada
ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh
satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang
hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa
sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak
cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik
menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam,
keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya
ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan
juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah
satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.

Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang
ibu.



RRRR ... ... .. Thanks to Rimau yg mengongsikan cerita ini