I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 3 September 2010

Cinta Dan Monyet

Rumah aku bukanlah rumah kampung yang penuh dengan pokok-pokok di halamannya tapi memadai dengan sedikit pokok untuk menceriakan suasana, disamping membekalkan oksigen yang bersih.. Aku memang tidak pernah ada pengalaman memanjat pokok sebagaimana yang dilalui oleh sebahagian daripada korang, dan mungkin itu adalah penyebab mengapa aku gayat berada di tempat tinggi.. Memang gayat sungguh, berada di tingkat 8 pun aku tak boleh pandang ke bawah, dah terbayang pecah kepala jatuh bawah.. Hehe, penakut betul aku ni..

Bukan tu yang aku nak ceritakan sebenarnya, tapi aku nak menceritakan kisah aku dan cinta MONYET.. kenapa monyet ek? Ha, lu fikirlah sendiri.. Semuanya bermula zaman aku ketika di Tingkatan 2, aku terlalu jahil untuk bercinta pada ketika itu.. Aku tak pernah bercakap dengan perempuan sejak kenal erti malu, yang diajarkan oleh abang dan kakak aku sejak aku kecil lagi..
Dulu aku memang pernah berkawan dengan perempuan, dan dia adalah jiran aku.. Nama dia pun aku tak ingat dah.. Satu hari, tiba-tiba kakak dan abang aku berpakat kenakan aku, sampai aku berasa sangat malu pada ketika itu, dan sejak daripada itu, terputuslah hubungan kitorang, sampai sekarang memang tak pernah aku hubungi dia dan dia pun memang dah berpindah ke tempat lain..

Cakap dengan perempuan adalah sesuatu yang sungguh memalukan aku.. Aku memang tak sanggup untuk bersua muka dengan perempuan.. Hal penting sekalipun, aku akan cuba pas-kan kepada orang lain supaya aku tak terlibat dalam pergaulan dengan perempuan.. Sampaikan ada yang kata aku ni antiperempuan.. Heh, tak matang lagi kot waktu tu, tak tahu bezakan hak dan batil..

Tingkatan 2, ramai kawan-kawan aku dah mula terjebak dalam dunia cinta yang penuh alpa itu.. Sehinggakan timbul rasa cemburu yang amat sangat dalam diri ini, cemburu tengok orang lain ada pasangan masing-masing.. Aku pun nak bercinta juga, tapi aku malu.. Macam mana nak mulakan ya? Aku mula jatuh hati pada seseorang dan kebetulan gadis itu juga sekelas dengan aku.. Aku pun cuba memikirkan cara untuk aku mendapatkannya..

Suatu hari, ketika waktu kelas PREP, orang lain semua dah bergerak pulang ke asrama, dengan senyap-senyap aku melangkah, memerhatikan sekeliling, supaya tiada orang lain nampak, aku pun pergi ke meja gadis tersebut.. Di dalam mejanya ada sebuah diari comel, dan apa yang aku nak jelas terpampang di muka pertama, “BIODATA”.. Nama : …… binti ……. No. Telefon : 01x-xxxxxxx.. Hah, tercapai impian aku..

Hampir seminggu aku menunggu untuk pulang ke rumah, untuk memulakan ‘projek’ memikat gadis bertuah itu.. Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba.. Sampai sahaja ke rumah, aku terus menyelinap ke dalam bilik mencari seperkara yang sungguh berharga (rasanya ramai orang tak boleh hidup tanpa benda ni).. ‘Handphone’.. “Assalamualaikum..” “Waalaikumussalam”, dia menjawab.. Aku terasa satu kebahagiaan yang aku tak pernah rasa sebelum ni.. Dia balas mesej aku.. “Mana dapat nombor fon ni?” dia tanya aku.. Aduh, mati aku.. Aku nak cakap apa ni.. “Oh, tak.. Aku jumpa kawan, dia yang bagi nombor ni, aku tersilap salin.. Kebetulan pulak nombor kau ek..” Lama bersembang, akhirnya dia bersetuju untuk couple dengan aku..

Senang sangat nak mintak couple ni.. Hah, itulah cinta monyet, cinta tanpa arah tujuan, dengan tiada perasaan malu, perasaan cemburu yang membuak dan akhirnya hubungan kami terputus.. “Sepandai-pandai monyet bergayut, akhirnya terlanggar pokok juga..” Hurm, cinta ni memang tak kekal lama.. Dia yang memutuskan aku, sampai sekarang aku tak tahu dan taknak ambil tahu apa sebab dan alasan dia memutuskan aku.. Sekarang, dia mempunyai kekasih lain..
Best ke cinta monyet macam ni? Tak kekal lama.. Hidup pula diselitkan dengan gembira dan sedih yang akhirnya membawa malang kepada pemilik cinta itu.. Ya, memang betul, pada awalnya memang aku tak boleh terima dia memutuskan aku.. Tapi akhirnya aku jumpa satu cinta yang benar-benar hakiki.. Tidak pernah membawa pergaduhan, malah sentiasa membawa ketenangan dan kebahagiaan..

No comments:

Post a Comment