From: ez-eight@hotmail.com
To: mamoru_sanzai@hotmail.com; ckambangz@hotmail.com; nas_272@hotmail.com; haddiey_786@hotmail.com
Rahsia Bola Hitam Putih
Ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas
melahirkan dia. Sejak itu bapanya jadi amat workaholic dan tak
kawin2 lagi. Tapi si anak (panggilan manja didi) ini sangat baik hati
dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh aje.
Lepas Tadika, sementara rakan2 lain dah ada basikal, didi masih berjalan
kaki.
Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, nggak kasian sama didi? Dia
nggak punya sepeda…apa tuan juga nggak malu?"
Kemudian…… dipanggillah anaknya itu untuk ditawarkan basikal yang
macam mana anaknya mahu.
"Tak payah susah2 la papa, belikan didi bola kaler hitam putih …"
Hek eleh takkan tu jer kot? Bingung si papa. "Kenapa didi mintak bola
hitam putih jer, ni papa nak ofer basikal baru nih?"
"Tak pe lah papa kalau papa nak beli jugak, belikan itu bola tu je."
Mengingat si anak tak pernah meminta2, so papanya terima aje. Maka
dibelikanlah jugak anaknya itu basikal model terbaru dan yang paling
canggih, beserta dengan bola hitam putih.
Tak lama kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Pada ketika itu musim kasut
roda tengah hot. Sekian lama si pengasuh perhatikan, ini anak tak pernah
meminta2 dibelikan kasut roda dari papanya. Setiap petang cuma duduk2
aje. Basikalnya juga masih disimpan di stor.
Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya kepada si papa.
Hingga si anak dipanggil lagi. "Didi, kamu tak mau papa belikan kasut
roda macam rakan2 kamu tu ke? Apasal tak bagitau kat Papa?. Cakap je nak beli
kasut roda yang macam mana… nanti papa belikan…".
Si anak menjawab, "Tak perlulah papa, bola hitam putih didi dah
rosak…. belikan lagi je bola ganti….tak payahla beli kasut roda.
Lagipun lebih murah bola dari kasut roda, tak gitu papa?"
Si papa geram . So, tetap si papa belikan kasut roda, plus bola hitam
putih.
Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama terulang.
Pada ketika itu musim rollerblade tengah top. Trend baru….
Setiap petang ,didi masih lagi bermain dengan kasut rodanya. Lepas
papanya pulang dari luar negara dan melihatkan anaknya yang pakai kasut roda
buruk, si papa menjadi sangat malu. Gila, rumah baglo, syarikat banyak,
keluar negara tiap minggu……Tapi anaknya ketinggalan zaman. Besoknya, di
bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru dengan note: "Utk didi, so
nanti didi tak rasa malu lagi main kasut roda".
Malamnya di meja kerja papanya ada sekeping nota dari didi untuk papanya
: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam putih? Didi lebih suka itu."
"Arghh, keluh si bapa selepas membaca nota itu kebingungan. Apalah
istimewanya bola hitam putih tu..?
Berkali2 si bapa ditinggalkan note yang sama, meminta dibelikan bolah
hitam putih… sehingga dia tak tahan lagi dan terus membelikan anaknya
bola hitam putih untuk kesekian kalinya.
Benar, setelah dapat itu bola, si anak tak lagi mendesak papanya.
Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas, rakan2nya yang lain sudah ada yang bawa motor and kereta ke
sekolah.
Suatu hari, ketika bapanya di rumah, si anak pulang dihantar oleh
rakannya yang dengan menaiki motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa
menjadi sangat malu.
Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan Motor. Maka
ditawarkan pada anaknya. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan
motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam putih
aja. Si bapa tak terima penolakan itu. Kerana anaknya dah besar panjang, boleh
berunding.
Hingga dia mengambil keputusan untuk belikan motor beserta dengan bola
hitam putih tentunya.
Tetapi si bapak masih kesal. Sudah berapa tahun, dia beberapa kali
belikan dua macam bola itu tanpa mengetahui apa sebabnya. Tapi si anak tak ada
keinginan dan kemahuan untuk memberitahu kenapa.
Hingga tibalah masa untuk melanjutkan pelajaran ke University. Kerana
bangga anaknya dapat masuk University, si anak dihadiahkan kereta
Ferrari.
Tetapi, sampai beberapa bulan si anak masih lagi naik motoooor aje.
Sehinggalah aweknya juga bingung, ada ferrari? kenapa naik motor?
Bila ditanya, Didi menjawab, alaaa, papa tak belikan bola hitam putih.
Takan papa tak faham perasaan anak papa sendiri!
So, selepas makan malam bersama, si awek memberitahu kepada bapa teman
lelakinya itu kenapa dia masih lagi manaiki motor dan tidak ferrari.
"kenapa pak cik tak belikan bola hitam putih seperti yang Didi mahukan.
Kerana bola tulaa didi merajuk?
Si papa sebenarnya sensitif dengan isu bola2 ni…..huh..sampai awek
anak aku pun tanya pasal bola.
Kemudian si bapa menanyakan si awek kenapa soalan tu yang di tanya?. Si
awek pun bagitau, Didi tak akan pakai Ferrarinya itu selagi papanya
tidak belikan dia bola hitam putih itu.
Si bapa menjadi bingung, di bilik anaknya sudah segitu banyak bola itam
bola putih. Nak buat apa, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di
hadapan awek anakmya itu, maka keesokan harinya dibelikan bola hitam
putih untuk anaknya.
Suatu hari anaknya pergi berjalan-jalan dengan aweknya ke gunung menaiki
ferrari. Maklumlah, anak muda katakan, ketika memandu si anak dicium
aweknya and dia terus jadi mengelabah dan terus accident!!!
Kedua-duanya terus di bawa ke hospital si bapa juga ditelipon oleh pihak
hospital. Kecederaan yang dialami oleh mereka berdua amat parah. Si awek
tidak dapat di selamtkan dan meninggal dalam perjalanan ke hospital
manakala si anak sudah tenat.
Si bapa datang ke Hospital.."macammana tuan doktor, anak saya?"
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) : "Maaf Encik, tidak banyak
yang dapat kami lakukan, kecederaannya terlalu parah….. sepertinya
memang sudah waktunya… sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu terakhir.."
Perlahan-lahan si bapa masuk ke bilik ICU, dan mendekati anaknya.
"Papa, maafkan saya..tak hati2 semasa memandu.. " si anak kelihatan
menangis dengan kematian aweknya. Si papa menenangkan dia…akrablah dua
manusia itu beberapa saat. Hingga si bapa merasakan yang ini adalah
saat2 terakhir mereka bersama, dia teringatkan kembali keinginannya
untuk mengetahui tentang kenapa si anak selama ini selalu meminta bola
hitam putih.
"Didi, maafkan papa selama ini yang selalu sibuk dan tidak dapat
menemani didi…. Papa faham didi amat kesepian…..maafkan papa, nak.
Papa tak sempat jadi orang tua yang baik."
Anaknya menjawab, "tak mengapalah papa, Didi faham.. Cuma kecewa sedikit
kalau papa belikan yang macam2 untuk didi…. tapi yang didi inginkan
cuma bola hitam putih aje…."
Tanpa berlengah lagi si papa terus bertanya, "KENAPA DIDI SELALU MINTA
BOLA HITAM PUTIH DARI PAPA… APA ISTIMEWANYA DENGAN BOLA2 ITU?"
(pembaca juga ingin tahu ya..?)
Dalam keadaan yang amat susah dan suara yang tersekat-sekat, si anak
mencuba untuk menjawab pertanyaan si bapa seolah-olah masanya sudah
hampir sampai…
"sebabnya ….Didi…didi….didiiii ."
*Tetiba* Kepalanya rebah ke pangkuan si bapa dan menghembuskan nafasnya
yang terakhir. Si anak meninggal sebelum sempat menjawap soalah bapanya.
Si bapa yang selalu hidup bersama-sama anaknya sehingga akhirnya pun tak
mengetahui apakah jawapannya…
apalagi aku yang cuma bercerita,
lagila… tak tahu jawapannya. SO CAMNE NI? Frust gilerrr? Isk! Isk!
Isk!…….. ..Rasa nak belasah je…orang yang mula-mula forward kat
aku.
P/S : Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah…Takkan nak jadi
korban sorang-sorang.
With Windows Live, you can organize, edit, and share your photos.
No comments:
Post a Comment