I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, 19 March 2009

Hiro Yang Hebat

Pada suatu petang yang tenang, telah berjalan hiro untuk menonton persembahan di sebuah cineplex.Setelah selesai persembahan, Hiro pergi berjalan-jalan disekitar kawasan Cineplex.Tanpa pengetahuan Hiro, gerak-gerinya diperhatikan oleh sekumpulan pemuda yang tidak diketahui identiti mereka.Semasa Hiro menikmati perjalanannya, dengan tiba-tiba, satu penumbuk singgah ke muka Hiro.Hiro jatuh ke tanah terus bertanya apakah gerangan halnya yang berlaku dan kenapa harus dia mendapatkan penumbuk percuma dari orang itu.lelaki itu menjawab penumbuk itu diberikan sebagai hadiah kepada Hiro yang cuba merampas kekasih orang.Hiro bertanya lagi siapakah sang kekasih itu.Lalu dijawap pemuda itu dengan nama Ipah,yang seakan-akan Hiro pernah kenal nama itu, tapi dimana ya?Dengan perasaan yang bercelaru, Hiro terdiam tanpa memikirkan apa-apa.Hiro bernasib baik ketika itu kerana ada seorang kawan dnamakan sikurus secara kebetulan berada dikawasan kejadian.Lalu sikurus itu beraksi untuk membantu Hiro.Hiro menghentikan tindakan kawannya itu kerana bimbang keadaan akan semakin menjadi keruh.Untuk memastikan kebenaran kejadian itu, Hiro bertanyakan nama lelaki yang menyerangnya itu dan terus menggunakan kuasa telepati yang ada padanya menghantarkan pesanan kepada tipah iaitu adik kepada sahabatnya sendiri.Tipah pun membalas pesanan itu dengan kuasa yang sama, didalam pesanan itu tipah memberitahu bahawa dia tidak pernah kenal dengan nama suparman.Hiro bertindak untuk memarahi mereka kerana merasa dirinya tidak bersalan dan kerana Tipah tidak mengenali mereka.Oleh kerana keadaan Hiro tidak mengizinkannya untuk bertindak, sikurus mencadangkan agar mereka akan bertemu ditempat lain untuk menyelesai perkara itu.sikurus pun memberikan kod auranya agar sekumpulan pemuda itu dapat menghubungi mereka.

Sikurus membawa Hiro kebukit kuning untuk berehat serta memulihkan kekuatan sementera menunggu pesanan dari sekumpulan pemuda tadi.Tidak lama setelah itu sikurus mendapat pesanan yang samara-samar mengatakan bahawa mereka akan pergi ketempat dimana kami berada iaitu dibukit Sun Li didaerah Tambak Kenan.Sikurus merasa pelik dengan pesanan tadi, tapi Hiro menegaskan lebih baik pergi kesana dengan segera.Dalam perjalan ke bukit Sun Li, Hiro dengan memnggunakan telepati menghubungi salah seorang sahabatnya Redman untuk meminta Redman datang membantu.Tetapi Redman sendiri mempunyai masalah dalaman yang membuatkan dia tidak boleh meninggalkan pengkalannya, tetapi Redman akan cuba mendapatkan support backup sekiranya Hiro memerlukannya.Hiro pun mengatakan sekiranya dia benar-benar memerlukan backup, dia akan hubungi Redman lagi.Oleh kerana Redman tidak dapat dating membantu, Hiro menyediakan batang saktinya sebagai pertahanan terakhir dirinya.

Ditempat yang dijanjikan, Hiro dan sikurus sampai lebih awal dari kumpulan suparman tadi.Apabila kumpulan suparman sampai, Hiro baru teringat yang batang saktinya masih lagi didalam bungkusan.Apabila perang mulut bermula, Hiro berazam walaupun batang saktinya tidak boleh digunakan, dia nekad akan bermati-matian mengunakan semua tenaga dalamannya.Apabila perang mulut sudah berakhir, tibalah masanya untuk beraksi, menggunakan jurus-jurus tertentu.Tiba-tiba salah seorang dari kumpulan suparman cuba untuk menyerang Hiro dari belakang.Dengan pantas sikurus menarik Hiro sekaligus menyelamatkannya dari bahaya tumbukan maut.Pertarungan itu terhenti seketika.Apabila pertarungan hendak diteruskan, tiba-tiba ada suara yang berteriak mengatakan Ipah ada dialam Gua Alamku bersama lelaki lain.Hiro, sikurus, kumpulan Suparman, semua terhenti dari bertarung.Selepas itu dating sekumpulan lagi pemuda dengan memegang kemas seorang lelaki yang memakai pakaian yang hampir sama seperti Hiro dan seorang perempuan yang meminta lelaki itu dilepaskan..rupa-rupanya mereka pun ahli kumpulan Suparman yang berjaya menawan pesalah yang sebenar bersama kekasih suparman.peperangan pun berakhir tanpa kemenangan dan kekalahan.Hiro terus bertanya kepada Suparman, diakah Ipah, lalu dijawap Suparman bahawa dialah Ipah kekasihnya.Suparman meminta maaf kepada Hiro dan sebagai tanda minta maaf Suparman meminta agar Hiro menghukum pesalah yg sebenar itu.Akan tetapi Hiro tidak bersetuju dan terus berlalu pergi diiringi dgn ketawa kecil kerana kebodohan Kumpulan itu kerana bertindak tidak mengikut prosedur yang tepat.



P/s: Inilah yang dikatakan, “…lain yang makan nangka lain yang kena getahnya…”

Wii:Redman Kata, “…lain kali, jangan kacau kekasih orang…”




Post By,

No comments:

Post a Comment